Tuesday, July 16, 2013
Permata hati Ibu :)
Dan dalam masa setahun ni jugak aku dah dpt satu anugerah dari Illahi yg x terhingga, permata hati jiwa jantung & segalanya..Anak Ibu ~Muhammah Haikal Huzaiman~ ....
Haikal lahir minggu ke30, xcukup bulan.7 bulan baby Haikal dah dilahirkan kedunia. Alhamdulillah Haikal sehat, xde pape yg membimbangkan selepas dilahirkan.
Haikal lepas lahir terus masuk NICU sbb baby pramatang. Dugaan aku, anak pertama dgn kelahiran pramatang, Haikal x pandai utk menghisap susu sendiri, kena minum guna tiub masuk ke dlm mulut. Kesian sgt tgk Haikal, bayar wayar dibadan die..
Tiap2 hari aku g hospital tgk Haikal di NICU. Ada satu hari ni aku pegi hospital, di NICU cari anak tp x sure mane satu..Last sekali cari guna nama.. Sebabnya aku cari x jumpa adalah kerana kepala anak aku dibotakkan bahagian depan saje & dicucuk wayar.. Sebak rasa tgk Haikal masa tu,mcm nak nangis.. Tya doc,doc ckp sbb xde bahagian lain dah..tgn kaki semua dah lebam2 bekas kena cucuk..Sedih sgt masa tu,dala x dpt susukan Haikal..
Muhammad Haikal Huzaiman
Haikal kena kuning jugak,tp Haikal kuat, 2hari kuning dah ok..Seminggu Haikal ni NICU, aku dpt call dr hospital suruh dtg hospital. Then doc ckp baby sehat tapi aku kena duduk hospital dulu dlm sehari dua utk doc pantau cara aku jaga baby sebelum aku dibenarkan bwk Haikal balik rumah..
Hihihi..Bermulalah detik penipuan aku sbb aku rasa terlalu stress sepanjang aku kena dok hospital ni.
Nurse ajar aku cara bg susu dekat baby pramatang ni, sbb baby pramatang ni mmg akan tido jeee..smpai aku kena set alaram 2jam sekali bangun susukan Haikal sbb Haikal mmg xkan nangis nak susu..
Bagi mnum guna cup kecik, dugaan sgt. isi penuh 3oz, tpi x abes,keluar dr mulut lg byk dr masuk mulut.
Dengan susu bdn aku yg x keluar lg, xbotol guna botol susu, katil2 sebelah lagi yg susu byk keluar.. Jadi stress sgt masa tu..sedih,mlm2 aku nangis.. Then doc dtg round check Haikal, masa tu aku berharap sgt yg aku dah bole balik..Tetapi tiba-tiba...Doc ckp baby x bole keluar lg,sbb berat baby turun dr 2.75kg ke 2.6kg.. Baby bole keluar bila berat naik jd 2.7kg semula... Ya Allah, sedih sgt..bertambah stress aku..
Yela,baby minum susu formula,minum cikit,mcm mne nak tambah berat badan..Pastu ape lg,dah dekat seminggu jugak aku dok mkn free kat hospital tu.. Bermulalah keje jahat aku utk myelamatkan diri dr hospital dan ternyata kerja jahat aku berjaya.. Nak tahu kerja jahat aku,hihihihi...
Lastly Haikal dapat keluar wad & balik rumah..Hepy hepyyyy!!!!...
Haikal dah ready nak balikkk...
Kecik x saya :)
Ok lah, kejap lg update utk Haikal yg dah cukup 10bulan ye...
Bye :)
Friday, December 30, 2011
MASALAH RUMAHTANGGA TAPI CARA ORG IT..
Ni selalunye hanya owg yg taw bahagian IT saja yg bole faham kot..Tapi kalau owg lain pon faham,bagus la..
Jom kite baca sama ek...
MISTERI TARIAN KUDA KEPANG...
Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.
Mengikut cerita, untuk satu group kuda kepang ni memerlukan memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:
- 9 orang penari
- 5 orang pemain muzik
- 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"
- 9 - 15 orang penjaga kawasan.
Pastu peralatan pulak banyak jugak,aku pon xtaw apa benda sume peralatan die ni :
- lima buah angklung
- sebuah gendang (yg ni aku taw,hihi)
- beberapa gong (pon taw)
- beberapa bonang(caklempong)
- beberapa saron
- beberapa jidur
- beberapa kenong
- sekurang-kurang sembilan kuda
- sebatang pecut
- serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter).
Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.
Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.
Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.
Main kuda kepang ni pon ada pantang larang jugak ye,untuk info korang,pantang larang main kuda kepang ni adalah:
- Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih. Korang kena kasi pngeras dekat bomoh ni.
- Pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal.
- Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi.
- Dan last sekali, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.
![]() |
| Penari-penari tanpa sedar makan serpihan kaca..bahaya betol..huhu |
![]() |
| Ni la sajian untuk memulakan persembahan kuda kepang.. |
![]() | |
| Jangan pakai baju merah kalau nk tengok kuda kepang k..Kang x pasal2 kena kejar ti,hihihiii... |
Thursday, December 29, 2011
Tuesday, December 27, 2011
Thursday, December 8, 2011
Nak tengok gambar sebenar dlm Wall Window XP???
Tengok bawah niii...
Betol x??? Korang nak taw x gmbar ni ilham dari mana???....
Hihihi, inilah gambar sebenarnye...
Wednesday, December 7, 2011
Hahaha..Jenis2 kentut,korng yg mana satu?
Hihih,cuba pilih n tengok korang sume dlm group mana satu,hihihi...
p/s : jangan la malu2 sambil tersenyum...:)
Saturday, December 3, 2011
Wednesday, October 5, 2011
Kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air
mata...
Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di
Pengguguran anak di
Bermula dari sebelum kawen sehingga selepas kawen, TIPS untuk semua..
- Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak- anak kita.
- Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
- Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
- Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
- Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
- Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
- Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
- Cintailah isteri atau suami anda 100%
- Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
- Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
- Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
- Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
- Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Tuesday, October 4, 2011
Cara2 untuk 'mengecheck' status hp...
Thursday, September 29, 2011
Berhati2 ketika di TRIAL ROOM!!!!
Pinhole Cameras in Changing Rooms of Big Bazaar, Shoppers Stop?
A few days ago, I received this text message:
Please don't use Trial room of BIG BAZAAR there are pinhole cameras to make MMS of young girls.
So, please forward to all girls. Also forward to all boys who have sisters and girlfriends.
Don't be shy in forwarding this message. Because its about protecting the integrity of all girls & ladies.
HOW TO DETECT A 2-WAY MIRROR?
When we visit toilets, bathrooms, hotel rooms, changing rooms, etc., How many of you know for sure that the seemingly ordinary mirror hanging on the wall is a real mirror, or actually a 2-way mirror I.e., they can see you, but you can't see them. There have been many cases of people installing 2-way mirrors in female changing rooms or bathroom or bedrooms.
It is very difficult to positively identify the surface by just looking at it. So, how do we determine with any amount of certainty what type of Mirror we are looking at?
CONDUCT THIS SIMPLE TEST:
Place the tip of your fingernail against the reflective surface and if there is a GAP between your fingernail and the image of the nail, then it is a GENUINE mirror.
However, if your fingernail DIRECTLY TOUCHES the image of your nail, then BEWARE, IT IS A 2-WAY MIRROR! (There may be someone seeing you from the other side). So remember, every time you see a mirror, do the "fingernail test." It doesn't cost you anything. It is simple to do.
This is a really good thing to do. The reason there is a gap on a real mirror, is because the silver is on the back of the mirror UNDER the glass.
Whereas with a two-way mirror, the silver is on the surface. Keep it in mind! Make sure and check every time you enter in hotel rooms.
Share this with your sisters, wife, daughters, friends, colleagues, etc.Hati2 ketika di Cyber Cafe..
Wednesday, September 28, 2011
Mengisi masa lapang di dlm kete..
Lepas kawen ni aku dah semakin sehat la,huhu..Asenye myb aku dah lama x excersize kot..Maklum la,dulu masa mula2 keje jalab kaki je g opis selama setaun OK,caya la,patut la slim je time tu,lepas tu naik moto lak g keje sbb dah keje co lain pulak,hihi..
Jadi skrg ni adalah proses untuk diet balik,r2 masa bulan puasa dpt trun 3kg taww,tp lepas raya cepat je naik balik..Adoiyai,NAFSU ni susah betol nak kawal,huhu...Tapi still kne berusaha tok diet,xmo sehat sgt..SKrg belom ada baby,kang lepas ada baby lagi besok,oh tidakkk..hihi~
K la,nak wat keje la,ni try post dr app iphone,hihi.. Peace ;D
Tuesday, September 27, 2011
Sedikit nasihat & petua..
Friday, September 9, 2011
Testingg...
Wednesday, July 27, 2011
Al-Hin Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat...
Kisah yg amat menarik...
Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat... } sedikit pengalaman & kajian
Posted by Darul Manzil at 1:42 AM Dua minggu yang lalu, saya didatangi
sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya
adalah anak lelaki mereka.
Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak
tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang
muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa.
Semuanya belum ditemui penawarnya.
Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada
mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah
jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..
Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika
waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan
merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..
Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana
tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut..
Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..
Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya
teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang
hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya,
konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum
semerbak...
Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya,
saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap
kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas
mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..
Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika
duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...
Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai
minyak wangi apa ni..?"
Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit
sedang kerasukan.
Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"
Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia
pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "
Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah
sangat.."
Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..
Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh
cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah,
aku tak akan tipu.".
Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan
sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"
Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku
sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."
Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"
Pesakit: "Agama Monoteisme"
Saya: "Agama apa tu..?"
Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak
sekolah ker?"
*Terkena jugak RIDAM.. :(
Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."
*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...
Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku
Poppy..Nama aku Mizari"
*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita
berikutnya..
Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"
Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum
tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."
Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."
Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak
puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."
Kemudian dia menangis teresak-esak..
Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang
kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat
kami.."..
Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan
sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu
menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..
Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"
Seraya itu dia mengangguk..
Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku
dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak
lain banyak, tapi aku dah lupa...."
Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"
Dia terdiam sejenak..
Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari
ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan
manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."
Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada
kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak
dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"
Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni.
Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku
belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin
kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."
Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana
pulak tu?"
Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan
semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu
izin kan la.."
Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah
kan..?"
Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri
kamu.."
Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"
Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."
Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan
budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan
tanahair.
Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..
Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus
kadet di tempat tersebut..
Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk
mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"
Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin
kan...?"
Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu
menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama
yang disuruh dan dijamin Allah..."
Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu
pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."
Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56
Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
mengabdi kepada-Ku.'
Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak
pernah menduakan Allah.."
*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar
hujahnya..
Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan
lagi..
Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini?
Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"
Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi
berubat..
Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."
Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"
Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."
Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."
Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf
sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah
pendekkan nyawa aku...boleh?"
Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit
mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"
Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa
sakit tadi?"
Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"
Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"
Saya: "A'ah...kenapa?"
Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam
kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."
Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."
Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku..
Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan
agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."
Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"
Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."
Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."
Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."
Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan
terakhir ni..Boleh?"
Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak
ni..Hah..apa dia?"
Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."
Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali
sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang
izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"
Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam
orang-orang yang beriman.."
Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan
meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit
tersedar..
Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna
oleh makhkluk lain..
Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah
untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..
---------
3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya
sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya
sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..
----------
Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari..
Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..
Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap...
Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....
Sekian..
-----------
'...Fakul innamal ghaibulillah.'.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah (petikan sebahagian ayat
dalam surah Yunus:20)
----------------
Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat
ini dalam Al-Quran:
1)Al Ankabuut - Ayat 19
'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan
(manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) .
Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'
2)Al An'am - Ayat 6
'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah
Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami
teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum
pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas
mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka ,
kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, danKami
ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'
3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam,
manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan
membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir
Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan,
kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi.
Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama
dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya
jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan
tangan kosong.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman
Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.
Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau
mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila
Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka
akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.
Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat
Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan
mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan
engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci
oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak
akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian
mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal
penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama
daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil
tanahnya.Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau
takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu
menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah
menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi
ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi
apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?
-----------------
1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah
saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..
2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai
berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada
pemahaman sendiri.
Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka
saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.
3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada
manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya
kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah..
Sekian..






























