Muhammad Haikal Huzaiman dah cukup 10 bulan sayang :)
06 july 2013

Thursday, November 4, 2010

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"....isk..isk...isk...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

p/s : nati ble dah kawen, jgn buat mcm ni..mntak la dijauhkan sume ni..huhu

Wednesday, October 27, 2010

Tema tema tema~~~

Walaweeee, eden dah xtaw nak wat tema apa..Any IDEASSSSSSS????... Cuma aku ad terjumpa la jugak sedikit gmbo2 yg boley di pertimbangkan untuk dijadikan TEMA wedding aku nati... Dah mcm2 wne terbayang kat mata ni..Antaranya PURPLE+PUTIH+HITAMMM..MERAH+PUTIH+HITAM...OR KUNING GOLD+PUTIH+HITAM...hAA pilih2,leloong2..Mne satuu??? Ni contoh gmbo la yg berjaya di cari,hihi..
p/s : yg ni cantik,tp simple..
p/s : ni tema wne purple+putih+itam,cantik kan???
p/s : yg ni cantik,tpi ske yg bwh ni sbb kerusi die... :)
pling ske yg niiiii...tpi wne merah
Haaa dalam sume2 tuuuee,yg mna cantikk???...Ari tue tunang dah wne merah,xkan kwen nak amik wne merah lgi kan..tpi lau wat jugak xpekannnn... Lau yg purple 2 cmne??...cntik jugak kan.. Jadi,mlm ni wat smyang istikarah la,nak pilih tema tok kawenn..hihihiii...

Monday, October 25, 2010

Counting Daysss

100 dayss to go for my wedding...
Nebes sangat2 bile pk dah nak sampai masa KAHWINNNN..
Alhamdulillah, sijil kahwin dah amik dah...Sekarang cuma nak siapkan pape yg patot je,hihii...
Apa yek persiapan tok kawen ni?? Aku x taw sgt nak prepare apa sekarang...Tapi dlm hati still
ada rasa takot sbb x siapkan pape lagi...
Tapi wat masa sekarang aku ngah usha kad kawen dulu.Tapi masalahnye, sampai sekarang aku
tataw nak wat tema apa..hahahhaa...
Klaka pulak bila pk xde tema lgik...Wana apa yek yg cantik.Aku selalu x konsisten,takot nati asek tuko2 wana jek..Penat usha baju,lam FB la,GOOGLE la..Mula2 nak wana emas gold,sbb nengok lam
majalah pegantin,cantikkk...Tapi masalahnye,ada ke baju camtu kat kg aku tuuuee...
Tapi yg penting nak cari baju tok nikah dulu..kikiki..Baju nikah kena beli,sbb nati bole simpan
tok wat kenangan..Disamping 2 bole wat baju raya aidilfiltrii...Raya pertama as a wife????tidakkkk,sedikit takot dengan komitmen selepas kawen nati..
Jom google cari bajuuu...

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Ari Rayerr...Maaf Zahir & Batin

Secebis kasih membuatkan kita sayang Seucap janji membuatkan kita percaya Sedikit luka membuatkan kita kecewa Tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna

Buat meriam pasang pelita, Asap keluar bunyi tak de, Ucapan raya maaf dipinta, Harap tak de yang mengguris jiwe.

Ayam n lembu pucat ketakutan, Sebab daging jadi santapan, Ramadan Al Mubarak dah ditinggalkan, Semoga dosa dapatlah diampunkan.

Petang raya membakar lemang Membakar lemang sambil cerita Aidilfitri kini datang menjelang Tangan di hulur maaf di pinta…

Jika Hati Sejerneh Air, Jangan Biarkan Ia Keruh, Jika Hati Seputih Awan, Jangan Biarkan Ia Mendung, Jika Hati Seindah Bulan, Hiasilah Ia Dengan Iman…

Andai Tak Kuasa Berjabat, Setidaknya Kata Masih Tak Terungkap…

SeLaMaT aRi RaYa mAAf ZaHiR bAtIn DaRi SaYa…

Friday, September 3, 2010

Cerita hal raya...

Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami (3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang“ Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan . . Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagipada Ateh (anak no. 3) dan Acik . (anak no.5) & (Saya anak bongsu yg ke-6) Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama. Betul tak? . Ateh & Acik : Betul.... mestilah ghumah ibu dulu......... . Ibu : Dengar dulu.... contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu? . Ateh & Acik : Ghumah ibulah ..... . Ibu : Tidak....... ibu tidak izinkan kamu balik ke sini......... baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun . Ateh : Mengangguk....... (tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit,sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kamiadik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga) . Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh...... kena gilir-gilirlahbaru adil (dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati) . Ibu : Ingatlah...... jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti... taatlah pada suami dan mentua ........ . Acik : Macam kaum h**** lak... Dah kawin tak bo leh gi rumah emak bapak . Ibu : Bukan macam tu...... islam tu indah....... setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi..... untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM...... JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA InsyaAllah dia tak akan ke mana..... kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga... Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala... . . Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu...... jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu- bapa... Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)... Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar... Ibu :Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka? . Abang ipar :Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu). . Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu? . Abang ipar : Tidak bu....... saya izinkan keluarga saya beraya di sini. . Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju? . Abang ipar : Mereka tiada halangan. (dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya disini) . Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya). Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini. Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal dirumah. Sebagai anak yang bo ngsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. . . Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain.... (tak bo leh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpatlak.......). Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri...... sempurna kah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah ?...... berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu???????? Ya Allah..... berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai..... Aminnnnnn . Moral of the story Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki,tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para isteri a.k.a anak perempuan , jangan sampai jadikan suami anak derhaka...

Monday, July 19, 2010

29 JUNE 2010

RAGUTTTT.....!!!!!! Benci benci benciiiiii...Akhirnye aku sendiri yang kena RAGUT..Adoiyaa,sebelom ni cuma nmpk lam tb je.. Nasib baik la aku xde pape sangat,cuma kne exzos je kaki aku ni. Tapi smpai hari ni,kaki aku ni x elok2 lagi..Dah penat dah jalan tempang cmni.. Ya Allah,sembuhlah kaki aku ni cepat2..Aminn..X sanggup asenye nak jalan macam ni lagi.. ni 1st day kena,pas balik dr ospital..12/06/2010 Ni lak selepas beberapa hari...Sakit sgt2 time nak jalan,mcm nak beli tongkat je.. Gambo terbaru,hari ini pye gmbo..punye la gatal,abes tepi2 tu kena kopek..pastu dah pas kopek,sakitttt..huhu.. ps : nilah akibatnye..ilang seutas gelang tgn pemberian mak time tunang r2..huhu

Monday, June 21, 2010

♥♥ CINTA..

inikah cinta??..
Ada sowang GADIS buta,semua orang bencikan DIE..kecuali KEKASIHNYA,
GADIS itu selalu berkata " SAYA akan mengahwini AWAK jika SAYA dapat melihat..",
Suatu hari,ada orang dermakan mata kepada GADIS tue...
bila DIE melihat kekasihnya, DIE sungguh terkejut kerana kekasihnya juga BUTA..
KEKASIHNYA bertanya "sudikah AWAK berkahwin dengan SAYA sekarang??.."
GADIS itu menolak..KEKASIHNYA tersenyum & pergi sambil berkata "TOLONG JAGA BAIK2 MATA SAYA"...................
p/s: inikah cinta yg dcari selama ini...

Friday, May 21, 2010

♥♥ Harga Diri...

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang. Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam. Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol! Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur. " Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! " Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!" Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!! " Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!" " Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku. Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja.. Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus. " Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" . Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak." Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. " Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati." Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

Jom tengok entry lain pulak disini~

Related Posts with Thumbnails