Jangankan lelaki biasa
Nabi pun sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka
Hati dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tiada di dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa
Pada wanita lelaki memanggil ibu
isteri... mahupun puteri
Dijadikan wanita dari
tulang rusuk yang bengkok,
untuk diluruskan oleh lelaki
Mana mungkin kayu yang lurus
Dapat menghasilkan bayang yang lurus?
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah
Didiklah mereka mengikut panduan dariNya
Janganlah cuba jinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka semakin liar
Jangan hiburkan hatinya dengan kecantikan
Nantinya mereka semakin derita
Yang sementara itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah
Kenal jiwamu dengan Allah
Zat yang kekal abadi
Di situlah punca bagi segala kekuatan dunia
Akal senipis rambutnya
Tanamkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Perasaan selembut sutera
Hiasilah ia dengan akhlak yang mulia
Bisikan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Bukan diskriminasi Tuhan
Sebaliknya,
Itulah kasih sayang Allah
Wanita yang lupa hakikat akan kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak
Mereka tidak akan lurus
Malah membengkok
Itulah hakikatnya
Jika wanita tidak kenal Tuhan...
Bila wanita derhaka...
Lelaki huru-hara...
Wahai lelaki...
Jangan harapkan ketaatan
Tapi pandulah dengan kepimpinan
Pastikan diri terpimpin sebelum memimpin
Jinakkan dirimu kepada Allah
Nescaya akan jinakkanlah segala-galanya
Jangan impikan wanita semulia
Fatimah Az-Zahra
Andai peribadimu tidak sehebat
Saidina Ali karamullahuwajhah!...
No comments:
Post a Comment