Muhammad Haikal Huzaiman dah cukup 10 bulan sayang :)
06 july 2013

Wednesday, October 5, 2011

Kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air 
mata... 



                    Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di S*** (dirahsiakan). 



         Pengguguran anak di S***(dirahsiakan).........Just to share reality dunia skrg. 


Kami keberatan menyiarkan gambar ini. 

Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca.

 Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan 

gambar ini. 

Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua 

terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan

 alasan...

Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat 

akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik

 mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. 

Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang

 disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan.

Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, 

disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di 

Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.

Kami & krew TV sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat 

Masjid

 Pusara Aman baru-baru ini.Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak 

atasan atas pelbagai alasan.... 

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah 

Muslimin  dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak

 Kandang Kerbau , Hospital Besar S***(dirahsiakan)  dan Hospital Universiti Nasional .

Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani 

pengguguran di hospital- hospital tersebut.

Sumber maklumat yang sah...saya hanya ingin berkongsi dengan semua...

MAAF YA..HUJAH2 POLITK TIDAK DIBENARKAN.... :)


Jadi sila la menonton gambar2 yg diperolehi..sobsob :(




itu jela yg aku jumpa, so sedih kan..Jangan la sape2 lagi wat mcm ni,sian janin2 ni..

Bermula dari sebelum kawen sehingga selepas kawen, TIPS untuk semua..

TIP PERKAHWINAN
1. KETIKA MENCARI CALON
  • Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak- anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
  • Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
  • Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
  • Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
  • Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
  • Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
  • Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
  • Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
  • Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUNDUM
  • Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
  • Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
  • Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
  • Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Sila la baca, munykin boley dijadikan amalan dlm alam rumahtangga..Hiihihi, aku pon nak try la sbb aku dah kawen,lalala~~

Jom tengok entry lain pulak disini~

Related Posts with Thumbnails