Muhammad Haikal Huzaiman dah cukup 10 bulan sayang :)
06 july 2013

Friday, December 30, 2011

MASALAH RUMAHTANGGA TAPI CARA ORG IT..

Hihihi..korang nak tengok tak,satu masalah rumahtangga,tpi dlm versi IT..
Ni selalunye hanya owg yg taw bahagian IT saja yg bole faham kot..Tapi kalau owg lain pon faham,bagus la..
Jom kite baca sama ek...



Cayalah kan..ada jugak ye mcm ni,hihi..

LAYANNNNNN....


MISTERI TARIAN KUDA KEPANG...

Korang sume penah tengok x tarian kuda kepang ni??? Ramai owg cakap tarian ni dah mcm kurafat sbb orang2 yg menari kuda kepang ni,die dah x sedarkan diri bila menari,seolah-olah macam dikawal oleh 'benda' lain dah..
Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.
Mengikut cerita, untuk satu group kuda kepang ni memerlukan memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:
  • 9 orang penari
  • 5 orang pemain muzik
  • 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"
  • 9 - 15 orang penjaga kawasan.
Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pemain-pemain biasanya berpakaian seragam.
Pastu peralatan pulak banyak jugak,aku pon xtaw apa benda sume peralatan die ni :


  • lima buah angklung
  • sebuah gendang (yg ni aku taw,hihi)
  • beberapa gong (pon taw)
  • beberapa bonang(caklempong)
  • beberapa saron
  • beberapa jidur
  • beberapa kenong
  • sekurang-kurang sembilan kuda
  • sebatang pecut
  • serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter).
Hmmm banyak kan barang2 die..Pastu cara bermain pulak,kena main dekat kawasan yg lapang,then ada bomoh yg akan mulakan jampi pembuka la konon-kononye dengan membakar kemenyan untuk memberikan tenaga kepada 'kuda' tersebut..
Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.


Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.


Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.


Main kuda kepang ni pon ada pantang larang jugak ye,untuk info korang,pantang larang main kuda kepang ni adalah:
  1. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih. Korang kena kasi pngeras dekat bomoh ni.
  2. Pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal.
  3. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi.
  4. Dan last sekali, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.
Haa itulah info kudang kepang yg aku nak sharekan ngan korang sume..untuk pengetahuan sume jugak,ini adalah permainan datuk nenek moyang kita dulu.Masa dulu2 mana ada TV,RADIO,TENET sume,so diowg main la permainan mcm ni.. Thank sbb membaca,jom layan gamba pulak... \(^_^)/


Penari-penari tanpa sedar makan serpihan kaca..bahaya betol..huhu

Ni la sajian untuk memulakan persembahan kuda kepang..
Jangan pakai baju merah kalau nk tengok kuda kepang k..Kang x pasal2 kena kejar ti,hihihiii...

THE END....

Thursday, December 8, 2011

dah daftar belom?kalau belom jom tgk cini..

dah daftar belom?kalau belom jom tgk cini..

Nak tengok gambar sebenar dlm Wall Window XP???

Jeng jeng jeng, nak taw x di sebalik gambar wall dlm window XP?? Ala,gambar yg default punya bila kita bru beli pc or laptop,mesti ada wall gambo pemandangan ni kannn...

Tengok bawah niii...
Betol x??? Korang nak taw x gmbar ni ilham dari mana???....

Hihihi, inilah gambar sebenarnye...

Gambar tersebut dirakamkan di lembah Sonoma di California. Jurugambar yang merakamkan gambar tersebut bernama Chuck O’Rear. Gambar tersebut dirakamkan semasa beliau sedang memandu di sepanjang lebuh raya.
Menurut O’rear bahawa dia kebetulan berada di lokasi tersebut dan merakamkan gambar kerana keindahan tempat tersebut. O’Rear merupakan seorang jurugambar profesional dan telah berkecimpung selama 25 tahun dalam bidang tersebut dan dia juga merupakan jurugambar kepada National Geographic.

Wednesday, October 5, 2011

Kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air 
mata... 



                    Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di S*** (dirahsiakan). 



         Pengguguran anak di S***(dirahsiakan).........Just to share reality dunia skrg. 


Kami keberatan menyiarkan gambar ini. 

Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca.

 Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan 

gambar ini. 

Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua 

terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan

 alasan...

Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat 

akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik

 mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. 

Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang

 disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan.

Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, 

disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di 

Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.

Kami & krew TV sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat 

Masjid

 Pusara Aman baru-baru ini.Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak 

atasan atas pelbagai alasan.... 

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah 

Muslimin  dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak

 Kandang Kerbau , Hospital Besar S***(dirahsiakan)  dan Hospital Universiti Nasional .

Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani 

pengguguran di hospital- hospital tersebut.

Sumber maklumat yang sah...saya hanya ingin berkongsi dengan semua...

MAAF YA..HUJAH2 POLITK TIDAK DIBENARKAN.... :)


Jadi sila la menonton gambar2 yg diperolehi..sobsob :(




itu jela yg aku jumpa, so sedih kan..Jangan la sape2 lagi wat mcm ni,sian janin2 ni..

Bermula dari sebelum kawen sehingga selepas kawen, TIPS untuk semua..

TIP PERKAHWINAN
1. KETIKA MENCARI CALON
  • Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak- anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
  • Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
  • Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
  • Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
  • Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
  • Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
  • Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
  • Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
  • Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUNDUM
  • Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
  • Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
  • Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
  • Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Sila la baca, munykin boley dijadikan amalan dlm alam rumahtangga..Hiihihi, aku pon nak try la sbb aku dah kawen,lalala~~

Tuesday, October 4, 2011

Cara2 untuk 'mengecheck' status hp...

Status ke'ORIGINAL'an handphone hampa semua...
sila lah type kat handfon *#06#
then akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8
contoh : 358671017470473...
kedudukan ke 7 dan 8 ialah ******01*******
Utk semak ori ke x handfon tu...let's check it out:
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH
p/s : xtaw la betol ke x,hihi...

Thursday, September 29, 2011

Berhati2 ketika di TRIAL ROOM!!!!

How to Detect Hidden Camera in Trial Room?
In front of the trial room take your mobile and make sure that mobile can make calls........ Then enter into the trail room, take your mobile and make a call..... If u can't make a call......!!!! There is a hidden camera...... This is due to the interference of fiber optic cable during the signal transfer...... Please forward this to your friends to educate this issue to the
public......To prevent our innocent ladies from HIDDEN CAMERA........... Pinhole Cameras in Changing Rooms of Big Bazaar, Shoppers Stop? A few days ago, I received this text message: Please don't use Trial room of BIG BAZAAR there are pinhole cameras to make MMS of young girls. So, please forward to all girls. Also forward to all boys who have sisters and girlfriends. Don't be shy in forwarding this message. Because its about protecting the integrity of all girls & ladies. HOW TO DETECT A 2-WAY MIRROR? When we visit toilets, bathrooms, hotel rooms, changing rooms, etc., How many of you know for sure that the seemingly ordinary mirror hanging on the wall is a real mirror, or actually a 2-way mirror I.e., they can see you, but you can't see them. There have been many cases of people installing 2-way mirrors in female changing rooms or bathroom or bedrooms. It is very difficult to positively identify the surface by just looking at it. So, how do we determine with any amount of certainty what type of Mirror we are looking at? CONDUCT THIS SIMPLE TEST: Place the tip of your fingernail against the reflective surface and if there is a GAP between your fingernail and the image of the nail, then it is a GENUINE mirror. However, if your fingernail DIRECTLY TOUCHES the image of your nail, then BEWARE, IT IS A 2-WAY MIRROR! (There may be someone seeing you from the other side). So remember, every time you see a mirror, do the "fingernail test." It doesn't cost you anything. It is simple to do. This is a really good thing to do. The reason there is a gap on a real mirror, is because the silver is on the back of the mirror UNDER the glass. Whereas with a two-way mirror, the silver is on the surface. Keep it in mind! Make sure and check every time you enter in hotel rooms. Share this with your sisters, wife, daughters, friends, colleagues, etc.

Hati2 ketika di Cyber Cafe..

Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe...
Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...Seperti dlm gambar dekat bawah ni yekk-->
Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya. Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device. Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting. Tapi untuk keselamatan diri, jangan la masuk laman web online banking di cc la, so lebih selamat. Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Oppss..Jangan lupe kongsi dengan kawan-kawan yang tak tahu ye..:)..

Wednesday, September 28, 2011

Mengisi masa lapang di dlm kete..

Inilah kejenye yg selalu aku buat..Menunggu husbamd kesayangan berjumpa kawan,katanye sekejap je..Tapi asenye ada la jugak dlm 45 minit menunggu dlm kete,hihi..Xpela,dah biasa dah,so bole la mengodek kete & iphone ni..lalalaa~~ ;D


Lepas kawen ni aku dah semakin sehat la,huhu..Asenye myb aku dah lama x excersize kot..Maklum la,dulu masa mula2 keje jalab kaki je g opis selama setaun OK,caya la,patut la slim je time tu,lepas tu naik moto lak g keje sbb dah keje co lain pulak,hihi..


Jadi skrg ni adalah proses untuk diet balik,r2 masa bulan puasa dpt trun 3kg taww,tp lepas raya cepat je naik balik..Adoiyai,NAFSU ni susah betol nak kawal,huhu...Tapi still kne berusaha tok diet,xmo sehat sgt..SKrg belom ada baby,kang lepas ada baby lagi besok,oh tidakkk..hihi~

K la,nak wat keje la,ni try post dr app iphone,hihi.. Peace ;D

Tuesday, September 27, 2011

Sedikit nasihat & petua..

Petua Imam Syafi'e....
*Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
*Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
*Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
*Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat...
*Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
*CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
*Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. SELAMAT BERAMAL =)

Friday, September 9, 2011

Testingg...

Hehe,saje je nak testing post blog dr iphone.. Post ni dr snooker,bosan nunggu huby maen snooker ni.. Adoi,kul bape nak balik ni,dah ngantok dah niii...uwaaa

Wednesday, July 27, 2011

Al-Hin Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat...

Kisah yg amat menarik...

Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat... } sedikit pengalaman & kajian

Posted by Darul Manzil at 1:42 AM Dua minggu yang lalu, saya didatangi

sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya

adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak

tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang

muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa.

Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada

mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah

jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika

waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan

merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana

tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut..

Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya

teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang

hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya,

konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum

semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya,

saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap

kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas

mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika

duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai

minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit

sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia

pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah

sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh

cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah,

aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan

sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku

sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak

sekolah ker?"

*Terkena jugak RIDAM.. :(

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku

Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita

berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum

tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak

puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang

kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat

kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan

sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu

menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku

dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak

lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari

ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan

manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada

kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak

dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni.

Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku

belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin

kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana

pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan

semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu

izin kan la.."

Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah

kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri

kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan

budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan

tanahair.

Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus

kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk

mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin

kan...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu

menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama

yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu

pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:

'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka

mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak

pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar

hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan

lagi..

Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini?

Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi

berubat..

Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf

sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah

pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit

mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa

sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "A'ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam

kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku..

Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan

agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan

terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak

ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali

sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang

izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam

orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan

meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit

tersedar..

Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna

oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah

untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya

sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya

sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari..

Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap...

Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

-----------

'...Fakul innamal ghaibulillah.'.

Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah (petikan sebahagian ayat

dalam surah Yunus:20)

----------------

Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat

ini dalam Al-Quran:

1)Al Ankabuut - Ayat 19

'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan

(manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) .

Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

2)Al An'am - Ayat 6

'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah

Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami

teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum

pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas

mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka ,

kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, danKami

ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'

3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya

turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam,

manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan

membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir

Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan,

kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi.

Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama

dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya

jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan

tangan kosong.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman

Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.

Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau

mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila

Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka

akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat

Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan

mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan

engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci

oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak

akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian

mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal

penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama

daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil

tanahnya.Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau

takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu

menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah

menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi

ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi

apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?

-----------------

1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah

saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..

2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai

berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada

pemahaman sendiri.

Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka

saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.

3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada

manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya

kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah..

Sekian..

p/s : copy paste je ni, sekadar renungan bersama.....

Tuesday, April 5, 2011

My new days in Johore ♥♥ to En.Suami..

Hari ni hari kedua aku keje dekat JB, wat masa sekarang ok la..Tapi x ramai owg,kadang-kadang busan jugak tapi beshhh,hihi~..
Semalam & hari ni dtg keje En.Suami♥ yg hantar and amik, besh la tapi takot sbb naik moto. En.suami♥ bawak moto memang laju,mmg takot ditambah lagi ngan takot nmpk moto kat sebelah,sbb rase die nak ragut walaupon diowg yg bwk moto 2 xde pon niat camtu,hehe...Aku sendiri je yg ase lebih2..Yela sbb dah penah kena dulu..Abes pewot en.suami♥ kne cubit,kuikuikui~..
Datang keje je smlm dan hari ni mst ade bekal,hihiii... Jeng jeng jeng, ni la bekal tok hari ni..
p/s : hari ni ye menu,nasi lemak + kek pisang + karipap + teh tarikkk....
***yumy yummy, cedappp ♥♥..
**Thanks to en.suami♥♥ sbb bekalkan sapan pagi2..hihi~..
Citenye sapan ni, pagi2 en.suami♥ bgun g keje kul 6 pagi,selepas en.suami♥ g keje, sy pon siap2 la mandi sume,dah siap sume tggu la en.suami♥ balik umah kul 7 nak anta g keje..Hii,mse en.suami♥ nak g keje,sy kasi la beg bekal ni kat die,t mse en.suami♥ balik umah nak anta g keje,dpt la bekal sapan,skenyeee....
Terima kaseh kepada opismate shaye di KL yg adiahkan set beg ni ye,mmg berguna..hihiii...Dapat la sapan taip2 pagi sekarang..
Tapi skrg ngah proses nak diet ni,xmo mkn byk2 dah,sbb bdn ni copet je naik haaa...Tapi nak turun bukan main lama je...Adoiyaiii...
Taget dah ade,agak2 berjaya ke idak ler???Jeng jeng jeng,tunguuuu....

Thursday, February 17, 2011

My new status - MARRIED...

--MY BIG DAY--
ALHAMDULLILLAH...
Semuanya dah selesai, dah setel sume benda2 yg sangat2 merunsingkan pikiran selama berbulan-bulan...hahaha..
Sekarang saya dah bergelar isteri kepada seorang suami--> love my hubby very muchhhh!!!..
Semoga hubungan ini kekal smpai ke akhir hayat...AMINNN
Saat-saat di ijabkabul..
Nebes jugak time ni,tpi ALHAMDULLILLAH,sekali lafaz sahaja aku telah bergelar isteri.
Family sebelah aku dan my hubby...
Tapi smpai sekarang aku blom lagi cuci gmbo wedding ni..Entah ler,ase mcm nak cuci semua je sbb xtaw nak pilih yg mne satu..hahaha..
Kita nengok gmbo lagik ek...
♥ Gambar semasa akad nikah.
Sarung cincin..
♥ Gambar semasa sanding..
Luv u so muchh!! Thanks to be my husband..
Itu jela yg mampu sy upload..nati upload di lain hari yek..hihi..
And thanks to all for coming to my big day...Thanks very muchhh...

Jom tengok entry lain pulak disini~

Related Posts with Thumbnails