Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.
Mengikut cerita, untuk satu group kuda kepang ni memerlukan memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:
- 9 orang penari
- 5 orang pemain muzik
- 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"
- 9 - 15 orang penjaga kawasan.
Pastu peralatan pulak banyak jugak,aku pon xtaw apa benda sume peralatan die ni :
- lima buah angklung
- sebuah gendang (yg ni aku taw,hihi)
- beberapa gong (pon taw)
- beberapa bonang(caklempong)
- beberapa saron
- beberapa jidur
- beberapa kenong
- sekurang-kurang sembilan kuda
- sebatang pecut
- serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter).
Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.
Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.
Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.
Main kuda kepang ni pon ada pantang larang jugak ye,untuk info korang,pantang larang main kuda kepang ni adalah:
- Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih. Korang kena kasi pngeras dekat bomoh ni.
- Pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal.
- Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi.
- Dan last sekali, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.
Penari-penari tanpa sedar makan serpihan kaca..bahaya betol..huhu |
Ni la sajian untuk memulakan persembahan kuda kepang.. |
Jangan pakai baju merah kalau nk tengok kuda kepang k..Kang x pasal2 kena kejar ti,hihihiii... |
THE END....
No comments:
Post a Comment